Apakah tanda jodoh kita? Adakah pasangan yang kita sedang berkenalan itu jodoh sejati yang telah ditetapkan oleh Tuhan?
Bagi yang sedang mencari pasangan hidup, kita pasti bertanya-tanya apakah tanda jodoh kita? Adakah orang yang kita sedang berkenalan itu jodoh yang telah ditetapkan untuk kita?
Bagaimana pula kita boleh tahu sama ada perkahwinan yang bakal dibina itu benar dan akan berkekalan?
9 petanda yang kami kongsikan ini bukan saja boleh membantu mereka yang bakal mendirikan rumah tangga dan memberitahu sama ada pasangan mereka itu adalah jodoh sejati mereka.
Malah, ia sesuai untuk para isteri gunakan untuk menyemak serta menyemai rasa sayang pada suami, jika kebanyakkan petanda ini ada pada dirinya.
Untuk mengetahui tanda jodoh kita, mari kita semak perkongsian oleh ahli psikologi klinikal dan pakar perhubungan, Carmen Harra.
Dr. Harra sudah pun membantu ramai pasangan suami isteri dan percaya bahawa jika suami atau bakal pasangan kita itu jodoh sejati kita, maka kita akan dapat menikmati perhubungan romantis dalam rumah tangga yang bahagia.
9 cara kenal pasti tanda jodoh kita:
1. Semasa berkenalan, semuanya mudah
Dalam erti kata lain, kita dapat merasakannya jauh di lubuh hati!
Ini mungkin kedengaran sedikit pelik, tapi ia bukanlah perkara mustahil. Antara tanda jodoh kita adalah, ketika kita berkenalan dengan pasangan kita dulu, segalanya rasa mudah dan senang.
Hati kita pun tidak sekalipun meragui atau berasa gusar tentang perhubungan tersebut.
Akan ada detik hati atau suara dalam minda kita yang memberitahu bahawa lelaki/suami kita itu adalah “the one”!
Itu kata Laurie Sue Brockway, seorang jurunikah, kepada The Huffington Post. Cuba anda tanya dengan rakan-rakan yang sudah lama berkahwin, mereka pasti setuju dengan kata-kata ini.
2. Pasangan atau suami sangat memahami diri anda
Sehinggakan, anda tidak perlu untuk menjelaskan apa-apa sentiasa. Jodoh sejati anda selalunya amat mudah untuk memahami sikap, pemikiran dan prinsip hidup anda.
Jika si dia itu jodoh sejati kita, kita boleh berkata dengan mudah : “Dia boleh menghabiskan ayat-ayat saya!”
3. Anda dapat rasa dia akan kekal bersama ketika susah dan senang
Antara tanda jodoh kita adalah kita dapat merasakan yang suami kita (atau bakal suami) sekarang akan sanggup hidup susah dan senang dengan kita.
Kita dapat rasakan yang dia akan selalu menyokong keputusan yang kita buat dan menjadi sumber inspirasi dan motivasi untuk kita berjaya dalam hidup.
4. Anda berdua sekepala
Suami kita adalah tanda jodoh kita yang sejati jika kita umpama dua insan tetapi satu jiwa. Kita sangat sekepala sehinggakan kita boleh memahami antara satu sama lain tanpa mencetuskan banyak perbalahan.
Jika anda sedang dalam proses mengenali bakal suami, lihat sama ada anda berdua dapat berhubungan dan bersefahaman dalam banyak hal. Jika ya, itu mungkin menjadi tanda jodoh kita.
6. Dia boleh buat anda tidak senang duduk
Apa maksudnya? Walaupun selalunya kita dengar yang jodoh sejati akan membuatkan kita jatuh cinta bagai nak rak padanya, tapi si dia juga boleh membuatkan kita tidak senang duduk (senang nak marah!). Rasa ini juga diikuti dengan rasa ingin berbaik dengan cepat. Kenapa? Kerana kita sebenarnya ambil kisah dan ambil berat tentang dirinya.
Cuba bayangkan apa kita rasa pada orang yang kita tidak kenal atau tiada sebarang perasaan padanya? Sukar untuk dia membuatkan kita marah kerana kita tidak terkesankan pun dengan tindakannya.
7. Anda mudah untuk menerima kelemahannya
Dulu, kita selalu ada bayangan tentang jodoh kita.
Contohnya, “Dia perlulah tinggi, kacak dan berkulit sawo matang.” Tapi, realiti sebenar adalah suami kita atau bakal pasangan kita itu sangatlah berlawanan dengan apa yang kita inginkan!
Dan kita tidak sedikit pun berasa tidak senang hati dengannya walaupun dia jauh dengan bayangan kita. Malah, kelemahan sikapnya juga mudah untuk kita maafkan dan terima seadanya.
Jika anda rasakan semua ini, maka itu boleh menjadi tanda jodoh kita!
8. Dia buat anda rasa bahagia dan selamat
Suami anda adalah jodoh sejati anda jika dia selalu membuatkan anda rasa bahagia dalam apa keadaan sekalipun. Dia bukan sahaja kekasih yang setia malah sentiasa membuatkan anda rasa selamat dalam perhubungan anda berdua.
Contohnya, seorang ibu, Sam O., ada berkongsi cerita yang dia tahu bahawa suaminya itu adalah jodoh yang ditentukan Tuhan kerana mereka selalu gembira bersama dan suaminya adalah ayah yang baik kepada anak-anaknya.
9. Anda tidak dapat bayangkan hidup tanpanya
Cuba anda pejam mata dan bayangkan kehidupan anda di masa depan tanpa suami atau bakal pasangan di sisi? Apa yang anda rasa dan dapatkah anda menerima kenyataan itu dengan mudah?
Jika tidak, itu juga boleh jadi tanda jodoh kita. Ini kerana anda menyayanginya sepenuh hati dan percaya pada keikhlasan dan kesetiaannya.
Jika inilah yang anda rasakan, maka jangan lepaskannya. Nikmatilah perhubungan anda dalam rumah tangga.
Dan, buat mereka yang sedang berkenalan dan bakal berkahwin, teruskanlah perhubungan anda jika anda dapat merasakan semua yang dikongsikan di atas.
Selamat berbahagia!
Sumber: theAsianparent Singapore